22 Mac 2011

Fitnah Anwar: Apa pula selepas ini?

Selepas isu liwat I, pastu liwat II, kini skandal seks pula. Pendek kata selagi Anwar tak berundur dari politik, musuh-musuhnya akan terus menyerang sehingga beliau tidak lagi mampu mencabar kepimpinan yang ada sekarang. Berbagai-bagai cara yang dilakukan mereka untuk menamatkan karier politik Anwar tapi sehingga sekarang mereka masih gagal.

Anwar merupakan ahli politik yang mampu merampas kuasa daripada mereka dan hanya Anwar yang tahu segala penyelewengan yang mereka lakukan sepanjang beliau masih dalam kerajaan. Orang yang paling takut jika Anwar berkuasa ialah Tun Mahathir. Jika Anwar menjadi PM tentu Tun Mahathir akan merengkok dalam penjara sebagai mana yang telah Anwar rasai dulu. Mahathir akan cuba sedaya-upaya menghalang Anwar dari berkuasa dan Anwar pula inginkan segala penderitaan yang ditanggungnya selama ini berbalas.


Jadi kita tidak perlu hairan mengapa situasi politik di Malaysia jadi macam ini sekarang.