Setiap tahun pada 15 Mei warga Palestine akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel telah dipacakkan keatas bumi Arab. Justeru pada tarikh ini warga Palestine diseluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini.
Semenjak 15 Mei 1948 – warga Palestine telah berhadapan dengan segala macam kesangsaraan. Tanah mereka dirampas. Rumah merdeka diroboh. Mereka kehilangan harta benda. Kehilangan hak demokrasi. Kehilangan kampong halaman. Rakyat Palestine diserang, dibunuh dan dihalau dari kampong halaman. Sesiapa yang berani melawan akan dipenjara.
Nakba 15 Mei adalah Malapetaka untuk warga Palestine. Nakba 31 Ogos adalah Malapetaka untuk Semenajung Tanah Melayu
Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957 Hari Malapetaka telah di rayakan di Tanah Melayu ini. Malapetaka yang menimpa warga Persekutuan Tanah Melayu ini tidak jauh bezanya dari yang sedang dialami oleh Nakba di Palestine.
Untuk memahami kembali sejarah kelahiran Malapetaka ini biar saya bawa kembali para pembaca kepada pensejarahan kelahiran hari Malapetaka ini. Hendaknya dapatlah kita semua memahami makna Malapetaka ini yang dieja dengan M huruf besar ini.
Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan Melayu kepada dua entiti – Semenanjung Tanah Melayu dibawah British dan Batavia di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula 5 wilayah Melayu – Pattani, Jala, Setul, Singgora dan Menara. Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor kuasa kolonial Britsh telah memasuki jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu.
Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British dibawa jagaan Raja England dan bukan lagi dibawah East India Company.
Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu British telah bertemu dengan bijeh. British telah juga membuka ladang getah. Dua punca ekonomi ini menjadi bagitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British.
Untuk terus melipat gandakan keuntungan, kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu kepada pendatang baru dari China dan India. Mereka telah dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh China dan buruh India ini maka lanskap Tanah Melayu berubah untuk selama-lamanya.
Dunia ini bergerak dengan hukum hakam alam. Hukum alam bergerak dan tidak berubah-ubah. Hukum ini menetapkan : dimana ada penindasan disana pasti akan ada penentangan. Hukum alam ini mula menapai dan mengampoh di Tanah Melayu. Hasilnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada tahun 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British.
Pada ketika ini Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura. PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh China di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Penentangan terhadap penjajah British dan kuasa modal penjajah ini telah melahirkan setiakawan diantara KMM dengan PKM. Ikatan setiakawan ini adalah kerjasama antara kaum tani Melayu dengan kaum buruh India dan China. Inilah bibit-bibit kelahiran negara bangsa.
Kesampaian Jepun pada tahun 8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empire British. Dalam masa yang sama ikatan setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan telah diperkukuhkan. Perjungan bersenjata Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun – Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu.
Apabila Jepun kalah perang pada bulan Ogos 1945 sekali lagi British Military Administration masuk untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum perang Jepun.
Kini gerakan nasionalisma telah mengampoh dan laungan kemerdekkan kedengaran disana sini. Telah wujud Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS) – semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu.
British scara licik dan terancang telah mewujudkan apa yang dipanggil hingga ke hari ini - United Malay National Organisation. Ini adalah organisasi yang ditelor, yang dieram dan dinetaskan oleh penjajah British. Tarikh munculnya gerombolan United Malaya National Organisation – 1946 – agak lewat. Muncul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis Melayu kiri yang mahu menghalau British. Dari segi sejarah, cukup jelas bahawa gerombolan ini diwujudkan untuk menjadi tali barut dan budak suruhan British.
Setiakawan antara bangsa-bangsa yang bangun menentang penjajah British telah melahir setiakawan yang baru. Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama setiakawan antara All Malayan Council Joint Action dengan organisasi massa Melayu bernama Putera.
Perlembagaan Rakyat 1947 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan setiakawan anak semua bangsa telah mengoncang kekuatan kuasa kolonial British.
Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British melalui gerombolan United Malay National Organisation telah melaungkan slogan Hidup Melayu. Para pembaca yang budiman, perhatikan betul betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa orang Melayu kurang oxygen.
Gerombolan United Malay National Organisation dengan kerja sama British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu Melayu, China China dan India India. Maka lahirlah Perikatan. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan Perikatan masih lagi Melayu, China dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA – badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu.
Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminn, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk mengahalau British dari Tanah Melayu.
Saya harap hingga ke tahap ini para pembaca telah dapat memahami pejalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malay National Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini dibentuk dan ditaja oleh penjajah British.
Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malaya National Organisation apabila rakyat Tanah Melayu pada thun 1948 bangun mengangkat senjata melawan British. Apa agaknya yang telah dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa : Mereka bukan bangun menentang British tapi bangun berjuang menentang orang yang menentang British.
Jika tidak percaya apa yang saya tulis ini – sila bersabar. Pada bulan Ogos ini nanti – media milik United Malay National Organisation akan membuka kesah-kesah ***** dimana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi barua British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila Parti Konunis ketika itu sedang melawan British.
Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah Sidi, Rashid Maydin, Chin Peng banguan mengangkat senjata – apa yang dilakukan oleh United Malaya National Organisation?
Sejarah jelas membuktikan – gerombolan United Malay National Organisation telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan British ini.
Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai Merdeka; gerombolan United Malaya National Organisation bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk Merdeka. Untuk saya kalau perbuatan ini bukan kerja barua British maka Rosmah Mansor itu masih lagi dianggap anak dara sunti.
Justeru, sebagai balasan menjadi barua yang setia , pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah mengagihkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Tarikh 31 Ogos inilah yang menjadi Hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. Tarikh ini adalah Nakba untuk anak semua bangsa di Tanah Melayu. Semenjak dari tarikh ini kita telah melihat satu demi satu musibah telah menimpa Tanah Melayu.
Untuk saya menobatkan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka bertujun untuk menilai kembali pensejarahan Tanah Melayu. Kita tidak perlu berselindung. Nakba di Palestine membolehkan tanah-tanah Palestine dirampas oleh kaum Zionis. Malapetaka di Tanah Melayu memperlihatkan ribuan hektar tanah rizab Melayu hilang dirampas oleh Zionis tempatan.
Pelentong, Chu Badak, Tasek Utara, Berembang, Kerpan hanyalah beberapa nama tanah asal Melayu yang dilupus. Paling akhir tanah Keretapi Api Tanah Melayu di Singapura lupus. Dan yang akan datang ialah tanah Kampong Baru dan Kampong Banda Dalam.
Malapetaka ini tidak berkesudahan. Lihat pula berapa ratus ribu anak semua bangsa menjadi mangsa ditahan tanpa bicara semenjak British mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1948. Paling akhir kita melihat 6 warga penyokong Bersih sedang ditahan tanpa bicara.
Berapa ribu pula warga yang telah gugur dan mati dibunuh dalam tahanan? Pernah saya terdengar suara dari parlimen menyatakan lebih dari satu ribu orang telah gugur semenjak sepuluh tahun dahulu. Nama seperti Altantuya, Beng Hock, Kugan, Francis, Aminulrashid dan Sarbaini akan terus bertokok tambah. Malapetaka ini masih berterusan.
Bulan Ogos kelihatan amat ironi untuk Tanah Melayu kerana 500 tahun – pada 10 Ogos 1511 – Portugis telah mendarat di Melaka. Pendaratan Portugis 500 tahun dahulu hanya akan dilihat sebagai satu titik dakwat hitam dalam sejarah Tanah Melayu berbanding dengan Malapetaka 31 Ogos.
Untuk pembaca yang muda biar saya ditunjukan disini bahawa Nakba di Palestine pada 14 Mei adalah hasil dari perancangan British. Manakala Malapetaka di Tanah Melayu pada 31 Ogos adalah juga hasil perancangan British. Nakba di Palestine berterusan hingga ke hari ini. Malapetaka di Tanah Melayu ini juga tidak akan reda-reda selagi gerombolan United Malay National Organisation tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.
- Hishamuddin Rais -
Blok Protes
03 Ogos 2011
Kenapa UMNO ditubuhkan
10 Julai 2011
Ulasan tentang Bersih 2.0
~ Walaupun siang & malam sekatan jalan diadakan di segenap penjuru jalanraya seluruh negara, jumlah yg berjaya hadir amat menakjubkan!
~ Segelintir peniaga-peniaga, pengusaha bas, teksi yg merungut harus marah kpda kerajaan kerana tidak membenarkan BERSIH berhimpun dlm stadium seperti yg telah dijanjikan. Mereka jg harus sedar bahawa perhimpunan ini bukan mengambil masa selama sebulan tapi hanya sehari!
~ Semua negara di dunia tidak terlepas dari demontrasi jalanan walaupun negara itu maju ataupun mundur. Cuma di Malaysia ini shj demontrasi dianggap seperti 'kiamat'.
~ Walaupun wakil BERSIH, A.Samad Said gagal menyerahkan memorandum kepada wakil YDP Agong kerana dihalang anggota polis yg bersenjata kira2 200 meter dari pagar istana, perhimpunan ini boleh dianggap berjaya kerana mesej kepada kerajaan dan SPR bahawa masih ramai yang tidak bersetuju tentang sistem pilihanraya negara ini.
04 Julai 2011
Mengapa perhimpunan BERSIH 2.0 harus di tentang?
Kenapa mereka takut perhimpunan BERSIH 2.0?
Kerana mereka takut kehilangan kuasa seperti Hosni Mubarak & Muammar Gadaffi.
Jadi mereka akan menentang habis-habisan perhimpunan tersebut dan mereka-reka cerita untuk menakutkan rakyat supaya jangan menyertai perhimpunan tersebut. Mereka menggunakan siaran TV untuk memburukkan perhimpunan tersebut dgn harapan rakyat akan percaya dan terus memberi kuasa kepada mereka agar mereka terus dapat mengaut segala kekayaan dan khazanah yang ada dalam negara ini agar isteri, anak-anak, saudara mara, kroni dan suku sakat terus mengecapi nikmat kemewahan selama-lamanya tanpa ada gangguan dari parti pembangkang. Akhirnya rakyat yg akan terus sengsara dengan kenaikkan harga barangan sehingga sukar untuk mempunyai simpanan utk keturunan di masa hadapan. Fikirkanlah...
Kerana mereka takut kehilangan kuasa seperti Hosni Mubarak & Muammar Gadaffi.
Jadi mereka akan menentang habis-habisan perhimpunan tersebut dan mereka-reka cerita untuk menakutkan rakyat supaya jangan menyertai perhimpunan tersebut. Mereka menggunakan siaran TV untuk memburukkan perhimpunan tersebut dgn harapan rakyat akan percaya dan terus memberi kuasa kepada mereka agar mereka terus dapat mengaut segala kekayaan dan khazanah yang ada dalam negara ini agar isteri, anak-anak, saudara mara, kroni dan suku sakat terus mengecapi nikmat kemewahan selama-lamanya tanpa ada gangguan dari parti pembangkang. Akhirnya rakyat yg akan terus sengsara dengan kenaikkan harga barangan sehingga sukar untuk mempunyai simpanan utk keturunan di masa hadapan. Fikirkanlah...
22 Jun 2011
Kedai Rakyat 1Malaysia pulak
Selepas Klinik 1 Malaysia yang dilancar bagai nak rak tapi hanya terdapat di beberapa tempat sahaja, hari ini Najib lancar Kedai Rakyat 1Malaysia pulak.. Konsep kedai ini yang menawarkan barangan pada harga yang murah memang bagus tapi biarlah ada di semua tempat dahulu, terutama kalau boleh setiap pekan kecil di seluruh Malaysia barulah buat acara perasmian besar-besaran. Ni tidak, baru ada satu ‘sample’ dah buat perasmian bagai nak rak seolah-olah esok semua rakyat Malaysia boleh pergi membeli barang-barang keperluan di kedai tersebut. Seperti perumpamaan, baru bertelur sebiji, dah riuh satu negara. Lawak betullah mereka ini.
Geng propaganda, anda tak payahlah nak mula buat sesuatu yang baru tapi dah lancar secara besar-besaran. Laung 7 hari, 7 malam untuk membantu rakyat golongan bawahan tapi sebenarnya kemudahan tersebut hanya di buat di beberapa tempat. Begitu juga dengan Program Inisiatif Jalur lebar Kebangsaan yang dilancar tahun lepas, sehingga kini hanya ‘beberapa kerat’ yang dapat komputer secara ‘percuma’ dan hanya beberapa tempat sahaja yang ada WIFI percuma.
Heboh satu negara kata semua itu diwujudkan untuk rakyat Malaysia, tapi realitinya ianya hanyalah seperti drama untuk menunjukkan seolah-olah mereka buat kerja dan untuk meraih sokongan rakyat. Hentikanlah tabiat membuat ‘upacara-upacara’ sebegini kerana rakyat di negara ini bukan bodoh untuk mempercayai segala sandiwara yang selalu anda hebohkan. Apabila rakyat dah bosan melihat sandiwara-sandiwara anda, anda pasti akan disingkirkan nanti.
25 Mei 2011
Mengapa remaja Melayu suka fikirkan seks dan motif sebenar 'mereka'
Catatan dengan tajuk yang panjang ini adalah pandangan peribadi saya. Mungkin anda setuju atau mungkin anda tidak bersetuju dengan ulasan saya. Setelah meninggalkan alam remaja dan memasuki alam dewasa dan sepanjang saya berkawan dengan pelbagai jenis manusia yang sama jantina dan sebangsa dengan saya, apa yang boleh saya rumuskan ialah perkara pertama atau perkara yang sering difikirkan oleh remaja melayu ialah SEKS dan hiburan. Perkara kedua, ketiga barulah tentang motorsikal, kereta, cari duit atau lain-lain.
Ini bukanlah persepsi saya tapi ialah tinjaun saya ke atas semua rakan yang saya kenali tidak kira datang dari negeri mana pun, semuanya memberi jawapan yang sama. Saya pun tidak tahu kenapa setiap remaja Melayu suka berfikir dan bercakap tentang seks. Majoriti dari golongan ini hanya memikirkan tentang seks, seks dan seks. Siapa yang harus di pikat atau kat mana mereka boleh melakukan hubungan seks. Saya rasakan pada masa kini melakukan hubungan seks boleh di samakan dengan kepuasan bermain futsal, merempit atau menonon wayang. Perkara itu sudah menjadi seperti perkara biasa. Melakukannya seperti tidak bersalah dan hanyalah untuk keseronokkan.
Ketika anak muda dari bangsa lain sibuk memikirkan bagaimana untuk menyambung pelajaran, bagaimana mencari wang dengan banyak atau bagaimana nak jadi kaya raya, anak Melayu pula sibuk memikirkan macamana nak dapatkan awek yang boleh diajak buat seks, atau fikir bila nak boleh tukar motor baru, bila dah ada motor fikir pula bagaimana nak lajukan motor. Hanya itu perkara utama yang difikirkan oleh remaja Melayu pada masa ini. Saya akui soal mencari wang ada mereka fikir tapi itu bukanlah perkara pertama.
Saya cakap ni bukan dengan hujah yang direka tapi dengan fakta. Anda boleh kaji jumlah kes pembuangan bayi di negara ini. Bangsa apa yang ‘juara’ dalam kes ini? Bagaimana perkara ini boleh berleluasa? Jika tanya pada saya, saya akan bagi jawapan peribadi iaitu faktor teknologi masa kini dan faktor kebebasan yang mereka perolehi. Faktor teknologi yang saya maksudkan ialah seperti penggunaan handset yang boleh menyimpan format rakaman video lucah antara pendorong utama untuk remaja mencuba melakukan hubungan seks. Bila dah tengok video lucah, nafsu dah naik ‘stim’, maka terjadilah faktor kedua iaitu mencari kebebasan. Majoriti mereka bebas keluar dengan sesiapa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Ada diantara mereka ini terpaksa menipu asalkan mereka boleh lakukan hubungan seks di mana sahaja yang mereka rasakan selamat. Pasangan bercinta sekarang seperti ‘suami isteri’, bila rasa teringin mereka akan berjumpa dan lakukan hubungan seks.
Inilah kesan-kesan bila penguatkuasaan undang-undang yang longgar. Ditambah pula dengan motif tersirat media elektronik yang terus meracuni pemikiran muda-mudi negara ini dengan rancangan-rancangan hiburan setiap masa. Motif tersirat yang saya maksudkan ialah mereka melekakan golongan remaja yang bakal menjadi pewaris negara ini supaya kurang memikirkan tentang politik. Golongan yang tidak mahu fikir tentang politik ini adalah majoriti pengundi di atas pagar. Bila tiba pilihanraya umum, golongan ini akan mengundi parti yang dapat menyediakan pelbagai program hiburan tanpa batasan kepada mereka sepanjang masa dan inilah antara sebab mereka memperolehu majoriti undi dan inilah jawapan mengapa mereka terus diberi kuasa untuk memerintah sehingga kini. Hiburan dan kebebasan, itulah motif sebenar mereka!
Kerajaan batalkan niat naikkan harga petrol RON 95
Akibat menerima bantahan yang berterusan dari rakyat golongan bawahan melalui blog-blog dan laman sosial, akhirnya pihak kerajaan tidak jadi menaikkan harga petrol RON 95. Tahniah kepada semua yang tidak henti-henti menentang kenaikkan ini sejak ura-ura berita kenaikkan ini dimainkan oleh media arus perdana.
Kita harus berani menetang sesuatu perkara yang akan menyusahkan kehidupan kita dan orang di sekeliling kita. Jangan jadi rakyat 'dayus' kerana kenaikkan harga minyak akan menyebabkan harga barangan lain juga akan naik. Siapa yang akan jadi susah bila kenaikkan ini berlaku?
05 April 2011
Video seks Anwar Ibrahim?
Video seks yang memaparkan lelaki mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diupload oleh seseorang dalam laman Youtube. Klip video yang durasinya tidak sampai 2 minit itu adalah sebahagian dari klip video asal yang panjangnya 22 minit. Saya bernasib baik kerana sempat memuat turun klip video tersebut.
Setelah menonton video ini saya memang terkejut kerana wajah pelakon dalam video ini memang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi bentuk badannya jelas lebih gempal dengan fizikal Anwar pada tahun 2011 ini. Bentuk kepala juga kelihatan berbeza dari pandangan sisi, cara berjalan pun nampak lain dan berlaku pengeditan pada tempoh rakaman (0:33 dan 0:54). Kelihatan wanita yang diupah itu seperti kurang senang mungkin kerana sudah tahu segala aksinya sengaja dirakam. Di bawah video ini tertera perkataan "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Rupanya video ini MADE IN THAILAND! Tapi pada sidang media sebelum ini Datuk T kata video ini di rakam di sebuah hotel di K.L. Mana satu betul ni? Ini telah belaku percanggahan fakta.
Saya sangat pelik kerana logikkah seorang yang pernah merengkok dalam penjara bertahun-tahun dan sedang menghadapi tuduhan di mahkamah berani melakukan perkara itu sedangkan dirinya tahu ke mana saja pergerakkannya sentiasa diekori. hanya manusia gila yang tidak dikenali sahaja berani berbuat begitu. Mereka ini mempunyai banyak wang dan mampu mengupah pelbagai pakar dari seluruh dunia terutama dari Hollywood untuk menjadikan video ini sebagai pemusnah cita-cita Datuk Seri Anwar untuk mentadbir negara ini.
Bagi saya semua ini tidak lebih dari satu drama untuk menghancurkan kerjaya politik seseorang yang mampu menggugat mereka yang sedang memegang kuasa sekarang. Mereka tahu betapa bahanya Anwar Ibrahim bagi mereka, kerana dia pernah berada dalam kabinet dan akan mendedahkan segala penyelewengan yang berlaku dan mengheret beberapa orang menteri dan bekas menteri ke muka pengadilan. Jadi sebelum Anwar berjaya sampai ke Putrajaya, individu ini harus disingkirkan dari dunia politik tanah air. Lawan tetap lawan!
Setelah menonton video ini saya memang terkejut kerana wajah pelakon dalam video ini memang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi bentuk badannya jelas lebih gempal dengan fizikal Anwar pada tahun 2011 ini. Bentuk kepala juga kelihatan berbeza dari pandangan sisi, cara berjalan pun nampak lain dan berlaku pengeditan pada tempoh rakaman (0:33 dan 0:54). Kelihatan wanita yang diupah itu seperti kurang senang mungkin kerana sudah tahu segala aksinya sengaja dirakam. Di bawah video ini tertera perkataan "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Rupanya video ini MADE IN THAILAND! Tapi pada sidang media sebelum ini Datuk T kata video ini di rakam di sebuah hotel di K.L. Mana satu betul ni? Ini telah belaku percanggahan fakta.
Saya sangat pelik kerana logikkah seorang yang pernah merengkok dalam penjara bertahun-tahun dan sedang menghadapi tuduhan di mahkamah berani melakukan perkara itu sedangkan dirinya tahu ke mana saja pergerakkannya sentiasa diekori. hanya manusia gila yang tidak dikenali sahaja berani berbuat begitu. Mereka ini mempunyai banyak wang dan mampu mengupah pelbagai pakar dari seluruh dunia terutama dari Hollywood untuk menjadikan video ini sebagai pemusnah cita-cita Datuk Seri Anwar untuk mentadbir negara ini.
Bagi saya semua ini tidak lebih dari satu drama untuk menghancurkan kerjaya politik seseorang yang mampu menggugat mereka yang sedang memegang kuasa sekarang. Mereka tahu betapa bahanya Anwar Ibrahim bagi mereka, kerana dia pernah berada dalam kabinet dan akan mendedahkan segala penyelewengan yang berlaku dan mengheret beberapa orang menteri dan bekas menteri ke muka pengadilan. Jadi sebelum Anwar berjaya sampai ke Putrajaya, individu ini harus disingkirkan dari dunia politik tanah air. Lawan tetap lawan!
Langgan:
Catatan (Atom)