27 Februari 2011

Politik Malaysia: Kini dan akan datang

Bila ada pilihanraya kecil, saya jadi boring nak tengok tv.. Terutama berita Tv3 dan Tv1. Mesti tunjuk kempen BN ke sana ke mari menemui pengundi. Kalau dulu jumpa kat tepi jalan buat tak tahu, tapi sekarang pengundi tengah dok makan pun diajak bersalam. Lagi satu ke mana saja calon itu pergi, pasti petugas-petugas media dari pelbagai saluran mengekorinya untuk dijadikan bahan berita utama. Kalau boleh time calon tu masuk toilet pun wartawan-wartawan ini hendak ikut.

Sedangkan calon yang satu lagi lansung tidak dipedulikan, seolah-olah hanya ada seorang calon yang bertanding. Bagi pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang tak pernah sekolah tinggi atau memang akalnya tak mau berfikir banyak, mereka ini mudah mempercayai apa yang dilaporkan media arus perdana. Mereka beranggapan sebab kenapa selalu Tv1 & Tv3 menyiarkan berita tentang calon BN kerana calon BN baik, sebab tu selalu masuk tv manakala calon PAS jahat sebab itu tak boleh masuk tv. jangan kata muka, suara pun susah nak ke udara.

Itulah penyebab BN akan menang mudah di kawasan pendalaman yang majoriti  peduduknya masih belum mendapat gambaran sebenar tentang situasi sebenar dalam pentadbiran politik dan negara amnya. Dan dari kemenangan di kerusi kawasan-kawasan seperti itulah yang menyebabkan BN terus berjaya mengekalkan kuasa hingga ke hari ini.

Bagi pendapat saya, angin perubahan semakin bertiup kencang dalam landskap politik Malaysia. Sebagai contoh kalau dulu PAS tak pernah bermimpi untuk menang kerusi Dun di Johor tapi sekarang sudah bejaya mendapat sehingga 2 kerusi. Kalau dulu orang Cina takut nak undi PAS tapi sekarang calon BN yang takut tidak mendapat undi kaum Cina (walaupun meletakkan calon Cina dari MCA atau Gerakan).

Golongan muda yang celik politik dan berpelajaran pula masih cenderung menyokong Pakatan Rakyat. Mereka ini merupakan golongan yang memahami situasi politik negara dan bijak menilai sesuatu perkara. Setelah tiada lagi golongan pakcik, makcik yang saya sebutkan di atas tadi, golongan muda berilmu inilah yang akan menentukan masa depan politik negara. Pada masa itulah pemimpin-peminpin politik tidak boleh lagi memperbodohkan rakyat dengan pelbagai sandiwara politik yang direka untuk terus  mendapatkan kuasa memerintah. Segala penyelewangan atau penindasan pasti akan mendapat hukuman dari golongan pengundi ini.

(bersambung..)

12 Februari 2011

Isu Valentine Day


Kenyataan Ustazah Siti Nor Bahyah tentang sambutan Valentine Day telah mencetuskan kontrovesi. Kenyataannya,“Maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian." telah mendapat tentangan dan bantahan dari pelbagai pihak termasuk Pemuda majlis gereja-gereja Malaysia (Pemuda CCM) dan Parti MCA.

Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini.

Bagi pendapat saya, masaalah berkaitan sambutan Valentine Day ni berpunca dari kurang kesefahaman antara agama di negara kita. ramai pengganut agama lain tidak faham tentang adat resam, budaya majoriti rakyat Malaysia. Nak ingat kekasih bukan tak boleh tapi biarlah dengan cara yang betul dan tidak melanggar batasan agama. Boleh raikan kekasih setiap hari bukan pada tarikh-tarikh tertentu sahaja, bukan dengan cara bermaksiat

Setiap larangan dalam Islam mesti ada sebabnya. kalau dibiarkan pasangan bujang Islam menyambutnya pasti ramai lagi bayi yang dilahirkan akan dibuang.
Kesimpulannya, Hari Valentine Day perlu dihapuskan dalam 'kalendar' rakyat Malaysia.

Dun Kerdau: PRK lagi?


ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN meninggal dunia petang tadi. Ini bermakna pilihanraya kecil ke 16 akan diadakan selepas PRU ke 12 dan kali pertama diadakan di Pahang.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.
Dun Kerdau mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

Jumlah pilihan raya kecil sepanjang tempoh tiga tahun lalu ini dianggap antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara. Masa era pemerintahan Pak Lah tak banyak PRK berlaku.

Jika PRK Dun Kerdau ini menjadi kenyataan, hanya tinggal negeri Perlis (dan Kuala Lumpur) sahaja yang belum berlaku pilihanraya kecil. Mungkin selepas ini giliran penduduk Perlis atau K.L pula merasai ‘nikmat’ projek  ‘mee segera’ sepanjang tempoh berkempen dalam PRK.

07 Februari 2011

Rahsia halaman depan Facebook

Di sebalik ilustrasi muka depan laman Facebook kini telah terbongkar. Tak tahu lah samada ianya secara kebetulan atau memang itulah sesuatu maksud tersirat yang kita semua tak terfikir dan ambil tahu selama ini. Yang tahu hanya Mark Zuckerberg dan pembantu-pembantunya.









Bila direnung-renung, difikir-fikir mungkin memang itulah niat dan tujuan sebenar Facebook dicipta.

Apa pendapat anda?

03 Februari 2011

Warkah sulung

Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Ini merupakan post sulung saya. Blog ini dicipta untuk mewujudkan satu platform bagi saya (atau mungkin anda) untuk meluahkan segala rasa tidak puas hati terhadap individu, pihak-pihak dan sesiapa sahaja yang menyebabkan anda telah tertipu, tertindas, menderita, tidak selesa atau membuatkan kehidupan anda menjadi susah. Harapan saya pembaca yang mengikuti blog ini tidak akan mengalami nasib yang sama seperti saya atau kita.

Diharap blog ini akan mendapat sambutan dan tidak diganggu oleh segelintir manusia yang suka menganiaya orang. Ingatlah Allah S.W.T melihat setiap gerak-geri kita. Jadilah manusia yang berfikiran terbuka dan bersedia menerima teguran atau protes. Semoga keadilan dapat ditenggakkan dan kemungkaran dapat dihapuskan di Malaysia dan seluruh bumi Allah ini.

Wassalam...