05 April 2011

Video seks Anwar Ibrahim?

Video seks yang memaparkan lelaki mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diupload oleh seseorang dalam laman Youtube. Klip video yang durasinya tidak sampai 2 minit itu adalah sebahagian dari klip video asal yang panjangnya 22 minit. Saya bernasib baik kerana sempat memuat turun klip video tersebut.



Setelah menonton video ini saya memang terkejut kerana wajah pelakon dalam video ini memang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi bentuk badannya jelas lebih gempal dengan fizikal Anwar pada tahun 2011 ini. Bentuk kepala juga kelihatan berbeza dari pandangan sisi, cara berjalan pun nampak lain dan berlaku pengeditan pada tempoh rakaman (0:33 dan 0:54). Kelihatan wanita yang diupah itu seperti kurang senang mungkin kerana sudah tahu segala aksinya sengaja dirakam. Di bawah video ini tertera perkataan  "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Rupanya video ini MADE IN THAILAND! Tapi pada sidang media sebelum ini Datuk T kata video ini di rakam di sebuah hotel di K.L. Mana satu betul ni? Ini telah belaku percanggahan fakta. 

Saya sangat pelik kerana logikkah seorang yang pernah merengkok dalam penjara bertahun-tahun dan sedang menghadapi tuduhan di mahkamah berani melakukan perkara itu sedangkan dirinya tahu ke mana saja pergerakkannya sentiasa diekori. hanya manusia gila yang tidak dikenali sahaja berani berbuat begitu. Mereka ini mempunyai banyak wang dan mampu mengupah pelbagai pakar dari seluruh dunia terutama dari Hollywood untuk menjadikan video ini sebagai pemusnah cita-cita Datuk Seri Anwar untuk mentadbir negara ini. 

Bagi saya semua ini tidak lebih dari satu drama untuk menghancurkan kerjaya politik seseorang yang mampu menggugat mereka yang sedang memegang kuasa sekarang. Mereka tahu betapa bahanya Anwar Ibrahim bagi mereka, kerana dia pernah berada dalam kabinet dan akan mendedahkan segala penyelewengan yang berlaku dan mengheret beberapa orang menteri dan bekas menteri ke muka pengadilan. Jadi sebelum Anwar berjaya sampai ke Putrajaya, individu ini harus disingkirkan dari dunia politik tanah air. Lawan tetap lawan!

1 ulasan:

  1. Buletin Utama 5 April kata tulisan siam kat bawah tu adalah sarikata. Punya la nak perbodohkan penonton.

    BalasPadam