25 Mei 2011

Mengapa remaja Melayu suka fikirkan seks dan motif sebenar 'mereka'



Catatan dengan tajuk yang panjang ini adalah pandangan peribadi saya. Mungkin anda setuju atau mungkin anda tidak bersetuju dengan ulasan saya. Setelah meninggalkan alam remaja dan memasuki alam dewasa dan sepanjang saya berkawan dengan pelbagai jenis manusia yang sama jantina dan  sebangsa dengan saya, apa yang boleh saya rumuskan ialah perkara pertama atau perkara yang sering difikirkan oleh remaja melayu ialah SEKS dan hiburan. Perkara kedua, ketiga barulah tentang motorsikal, kereta, cari duit atau lain-lain.


Ini bukanlah persepsi saya tapi ialah tinjaun saya ke atas semua rakan yang saya kenali tidak kira datang dari negeri mana pun, semuanya memberi jawapan yang sama. Saya pun tidak tahu kenapa setiap remaja Melayu suka berfikir dan bercakap tentang seks. Majoriti dari golongan ini hanya memikirkan tentang seks, seks dan seks. Siapa yang harus di pikat atau kat mana mereka boleh melakukan hubungan seks. Saya rasakan pada masa kini melakukan hubungan seks boleh di samakan dengan kepuasan bermain futsal, merempit atau menonon wayang. Perkara itu sudah menjadi seperti perkara biasa. Melakukannya seperti tidak bersalah dan hanyalah untuk keseronokkan.

Ketika anak muda dari bangsa lain sibuk memikirkan bagaimana untuk menyambung pelajaran, bagaimana mencari wang dengan banyak atau bagaimana nak jadi kaya raya, anak Melayu pula sibuk memikirkan macamana nak dapatkan awek yang boleh diajak buat seks, atau fikir bila nak boleh tukar motor baru, bila dah ada motor fikir pula bagaimana nak lajukan motor. Hanya itu perkara utama yang difikirkan oleh remaja Melayu pada masa ini. Saya akui soal mencari wang ada mereka fikir tapi itu bukanlah perkara pertama.

Saya cakap ni bukan dengan hujah yang direka tapi dengan fakta. Anda boleh kaji jumlah kes pembuangan bayi di negara ini. Bangsa apa yang ‘juara’ dalam kes ini? Bagaimana perkara ini boleh berleluasa? Jika tanya pada saya, saya akan bagi jawapan peribadi iaitu  faktor teknologi masa kini dan faktor kebebasan yang mereka perolehi. Faktor teknologi yang saya maksudkan ialah seperti penggunaan handset yang boleh menyimpan format rakaman video lucah antara pendorong utama untuk remaja mencuba melakukan hubungan seks. Bila dah tengok video lucah, nafsu dah naik ‘stim’, maka terjadilah faktor kedua iaitu mencari kebebasan. Majoriti mereka bebas keluar dengan sesiapa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Ada diantara mereka ini terpaksa menipu asalkan mereka boleh lakukan hubungan seks di mana sahaja yang mereka rasakan selamat. Pasangan bercinta sekarang seperti ‘suami isteri’, bila rasa teringin mereka akan berjumpa dan lakukan hubungan seks.

Inilah kesan-kesan bila penguatkuasaan undang-undang yang longgar.  Ditambah pula dengan motif tersirat media elektronik yang terus meracuni pemikiran muda-mudi negara ini dengan rancangan-rancangan hiburan setiap masa. Motif tersirat yang saya maksudkan ialah mereka melekakan golongan remaja yang bakal menjadi pewaris negara ini supaya kurang memikirkan tentang politik. Golongan yang tidak mahu fikir tentang politik ini adalah majoriti pengundi di atas pagar. Bila tiba pilihanraya umum, golongan ini akan mengundi parti yang dapat menyediakan pelbagai program hiburan tanpa batasan kepada mereka sepanjang masa dan inilah antara sebab mereka memperolehu majoriti undi dan inilah jawapan mengapa mereka terus diberi kuasa untuk memerintah sehingga kini. Hiburan dan kebebasan, itulah motif sebenar mereka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan