22 Jun 2011

Kedai Rakyat 1Malaysia pulak


Selepas Klinik 1 Malaysia yang dilancar bagai nak rak tapi hanya terdapat di beberapa tempat sahaja, hari ini Najib lancar Kedai Rakyat 1Malaysia pulak.. Konsep kedai ini yang menawarkan barangan pada harga yang murah memang bagus tapi biarlah ada di semua tempat dahulu, terutama kalau boleh setiap pekan kecil di seluruh Malaysia barulah buat acara perasmian besar-besaran. Ni tidak, baru ada satu ‘sample’ dah buat perasmian bagai nak rak seolah-olah esok semua rakyat Malaysia boleh pergi membeli barang-barang keperluan di kedai tersebut. Seperti perumpamaan, baru bertelur sebiji, dah riuh satu negara. Lawak betullah mereka ini.

Geng propaganda, anda tak payahlah nak mula buat sesuatu yang baru tapi dah lancar secara besar-besaran. Laung 7 hari, 7 malam untuk membantu rakyat golongan bawahan tapi sebenarnya kemudahan tersebut hanya di buat di beberapa tempat. Begitu juga dengan Program Inisiatif Jalur lebar Kebangsaan yang dilancar tahun lepas, sehingga kini hanya ‘beberapa kerat’ yang dapat komputer secara ‘percuma’ dan hanya beberapa tempat sahaja yang ada WIFI percuma.

Heboh satu negara kata semua itu diwujudkan untuk rakyat Malaysia, tapi realitinya ianya hanyalah seperti drama untuk menunjukkan seolah-olah mereka buat kerja dan untuk meraih sokongan rakyat. Hentikanlah tabiat membuat ‘upacara-upacara’ sebegini kerana rakyat di negara ini bukan bodoh untuk mempercayai segala sandiwara yang selalu anda hebohkan. Apabila rakyat dah bosan melihat sandiwara-sandiwara anda, anda pasti akan disingkirkan nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan