27 Februari 2011

Politik Malaysia: Kini dan akan datang

Bila ada pilihanraya kecil, saya jadi boring nak tengok tv.. Terutama berita Tv3 dan Tv1. Mesti tunjuk kempen BN ke sana ke mari menemui pengundi. Kalau dulu jumpa kat tepi jalan buat tak tahu, tapi sekarang pengundi tengah dok makan pun diajak bersalam. Lagi satu ke mana saja calon itu pergi, pasti petugas-petugas media dari pelbagai saluran mengekorinya untuk dijadikan bahan berita utama. Kalau boleh time calon tu masuk toilet pun wartawan-wartawan ini hendak ikut.

Sedangkan calon yang satu lagi lansung tidak dipedulikan, seolah-olah hanya ada seorang calon yang bertanding. Bagi pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang tak pernah sekolah tinggi atau memang akalnya tak mau berfikir banyak, mereka ini mudah mempercayai apa yang dilaporkan media arus perdana. Mereka beranggapan sebab kenapa selalu Tv1 & Tv3 menyiarkan berita tentang calon BN kerana calon BN baik, sebab tu selalu masuk tv manakala calon PAS jahat sebab itu tak boleh masuk tv. jangan kata muka, suara pun susah nak ke udara.

Itulah penyebab BN akan menang mudah di kawasan pendalaman yang majoriti  peduduknya masih belum mendapat gambaran sebenar tentang situasi sebenar dalam pentadbiran politik dan negara amnya. Dan dari kemenangan di kerusi kawasan-kawasan seperti itulah yang menyebabkan BN terus berjaya mengekalkan kuasa hingga ke hari ini.

Bagi pendapat saya, angin perubahan semakin bertiup kencang dalam landskap politik Malaysia. Sebagai contoh kalau dulu PAS tak pernah bermimpi untuk menang kerusi Dun di Johor tapi sekarang sudah bejaya mendapat sehingga 2 kerusi. Kalau dulu orang Cina takut nak undi PAS tapi sekarang calon BN yang takut tidak mendapat undi kaum Cina (walaupun meletakkan calon Cina dari MCA atau Gerakan).

Golongan muda yang celik politik dan berpelajaran pula masih cenderung menyokong Pakatan Rakyat. Mereka ini merupakan golongan yang memahami situasi politik negara dan bijak menilai sesuatu perkara. Setelah tiada lagi golongan pakcik, makcik yang saya sebutkan di atas tadi, golongan muda berilmu inilah yang akan menentukan masa depan politik negara. Pada masa itulah pemimpin-peminpin politik tidak boleh lagi memperbodohkan rakyat dengan pelbagai sandiwara politik yang direka untuk terus  mendapatkan kuasa memerintah. Segala penyelewangan atau penindasan pasti akan mendapat hukuman dari golongan pengundi ini.

(bersambung..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan