12 Februari 2011

Dun Kerdau: PRK lagi?


ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN meninggal dunia petang tadi. Ini bermakna pilihanraya kecil ke 16 akan diadakan selepas PRU ke 12 dan kali pertama diadakan di Pahang.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.
Dun Kerdau mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

Jumlah pilihan raya kecil sepanjang tempoh tiga tahun lalu ini dianggap antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara. Masa era pemerintahan Pak Lah tak banyak PRK berlaku.

Jika PRK Dun Kerdau ini menjadi kenyataan, hanya tinggal negeri Perlis (dan Kuala Lumpur) sahaja yang belum berlaku pilihanraya kecil. Mungkin selepas ini giliran penduduk Perlis atau K.L pula merasai ‘nikmat’ projek  ‘mee segera’ sepanjang tempoh berkempen dalam PRK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan